DIA seorang Pemimpin, DIA seorang Suami,
DIA seorang Bapa, DIA seorang Sahabat,
DIA satu dalam DUNIA, TIADA yang melebihinya,
Baik didalam perwatakan, percakapan, perbuatan,
BAHKAN dalam segala aspek, DIA melebihi semuanya.
DIA sememangnya SEMPURNA,
kerana DIA kekasih kepada Yang Maha Sempurna
Sedarkah kita Lelaki ini telah datang kepada kita, dengan membawa
khabar gembira serta peringatan dari RABBUL IZZAH,
Beliau telah menyampaikan risalah Allah,
Biarpon diuji, dicaci, dimaki, Tetapi Keteguhannya,
terus menerus dalam mengajak ummatnya kembali kepada Sang Pencipta,
wahai saudaraku,
Tahukah kalian , lelaki ini telah menangis dek kerana kerinduan yang teramat
kepada ummatnya..? sedarkah kita bahawa kitalah Ummatnya tersebut..?
Berfikirlah walau sejenak wahai saudaraku, apakah yang telah kita lakukan
bagi menggembirakan beliau? apakah yang telah kita lakukan bagi membalas
JASA beliau yang tersangat besar buat ummat ini..?
ADAKAH saat ini beliau sedang gembira dan tersenyum melihat segala
amalan kita..? atau beliau sedih melihat perbuatan buruk kita..?
INIKAH BALASAN KITA KEPADA BELIAU..? Setelah begitu banyak pengorbanannya
kepada kita. alangkahnya celakanya kita kalau demikian lah akhlak kita..?
MANA MUNGKIN KITA SAMPAI KEPADA ALLAH MELAINKAN DENGAN
MENGIKUTI BAGINDA ...
PERBANYAKKANLAH SELAWAT KEPADANYA, MENGIKUTI SUNNAHNYA.
MELAKUKAN SERTA MENTAATI SEGALA APA YANG DATANG DARINYA.
KENALILAH BELIAU, BAGINDA NABI KITA SAYYIDUNA MUHAMMAD SAW
Yang mana Allah SWT telah utuskan baginda kepada kita sebagai RAHMAT yang paling Besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan