Pencinta Rasulullah SAW

Sangatlah beruntung orang yg mana hatinya sentiasa terkait dengan Rasulullah SAW.

Selasa, 19 Januari 2016

DIMANAKAH CAHAYA

KEKAYAAN terus melimpah dalam pangkuanmu,
dikala ini engkau merasakan kesenangan itu, engkau juga merasai akan mudahnya kehidupan itu,
Maka nafsu menarik serta menggenggam erat tanganmu, untuk terus menyelam,
di dalam lautan KEDUNIAAN.
KEBISUAN di saat engkau  melihat kesenangan DUNIA yang engkau miliki hari ini,
ianya menjadi BUKTI, bahawa engkau sedang mencari sesuatu, IYA, sesuatu....
TETAPI APAKAH IA.? engkau sendiri masih tertanya-tanya, apakah yang engkau cari itu?
dimanakah ia..? wujudkah ia..?

SEMUA harta kekayaan dunia ini telah berjaya engkau miliki, akan tetapi, kau hanya
mendapatkan kesenangan serta kekayaan, sedangkan BAHAGIA yang sebenar itu ialah,,
KETENANGAN..! AIWAH.. ketenangan lah yang dicari-cari..
 ianya seperti CAHAYA yang memancari serta
menyinari Kehidupan kita.
tetapi dimanakah Cahaya itu..? engkau berusaha keras mencarinya, agar bisa ketenangan itu
memancari kehidupanmu serta orang-orang yang engkau sayangi.

Kini engkau telah berjaya mencari JAWAPAN . akan tetapi dimanakah cahaya itu..?
cahaya yang bakal membawa KETENANGAN kepada seluruh hidupmu.

Kini engkau tahu, HAKIKAT sebenarnya engkau telah lupa asal usulmu, dari mana engkau datang, dan kemana engkau bakal pergi? engkau lupa siapa yang menciptamu, engkau juga lupa siapa yang memberi semua nikmat ini kepadamu, iya engkau lupa semuanya, engkau lupa Tuhanmu, yang telah memberikan segala-galanya padamu, yang mana hanya pada DIA sahaja Ketenangan itu wujud.

Mari kita berfikir sebentar,
jikalau harini kita bekerja di bawah seorang majikan, tetapi kita tidak menunaikan
 tanggungjawab kita, serta tidak menjalankan tugas kita, apakah yang bakal dilakukan
 oleh Majikan kita?
sudah pasti dia akan menghalau kita.. sama jugalah keadaannya jika kita sebagai majikan, dan pekerja kita melakukan perkara yang sama.
TETAPI adakah Allah melakukannya kepada kita..? walaupon kita tidak pernah menyempurnakan tugas dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah, bahkan dalam masa yang sama, kita mengingkariNYA
dengan melakukan Maksiat kepadaNYA. tetapi Allah masih memberikan peluang kepada kita, kerna KASIH SAYANG ALLAH tiada tandingannya. maka wajib dan wajib ke atas kita sebagai hambaNYA yang hina ini, untuk sentiasa memohon ampun serta bertaubat kepadaNYA,
dan SENANTIASA mendekatiNYA.

Dan selepas itu, engkau akan dapati Cahaya ketenangan itu sentiasa menerangi dan menemanimu.


-IBNUHASAN-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan