tiada yang lebih bahagia didunia ini melainkan diberi peluang untuk mencintai dan dicintai....
Pencinta Rasulullah SAW
Sangatlah beruntung orang yg mana hatinya sentiasa terkait dengan Rasulullah SAW.
Ahad, 19 April 2015
Kisah Imam membaca Surah Al Ikhlas pada setiap solat dan setiap rakaat.
Abu Hurairah R.A Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas adalah satu pertiga Al -Quranul Karim." ( Riwayat Imam Bukhari )
Diriwayatkan juga di dalam hadis yang mana telah bersabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang membaca Surah Al Ikhlas 11 kali setiap selepas solat fajar, maka akan dibina untuknya mahligai di syurga."
Dikisahkan pada zaman Rasulullah SAW. Sayyidina Umar Al Khattab R.A sering solat berjemaah di salah sebuah masjid. Di masjid ini, terdapat seorang imam yang setiap kali solat fardhu, pada setiap rakaat dia akan baca Surah Al Ikhlas. Rakaat pertama surah Al ikhlas mahupun rakaat kedua menggunakan surah yang sama. Lalu Sayyidina Umar yang digelar sebagai seorang yang syadid (tegas ) hairan lalu bertanya pada imam tersebut. " Mengapakah engkau membaca surah yang sama pada setiap solat? Tidakkah banyak lagi surah yang lain yang boleh kamu baca? " Lalu dijawab imam itu: " Sekiranya kamu mahukan surah yang lain, pergilah kamu solat berseorangan atau imam yang berlainan." Lantas Sayyidina Umar R.A mengkhabarkan berita itu pada Rasulullah SAW. Lalu dijawab Rasulullah SAW, " Biarkan aku berjumpa imam itu" .
Keesokan harinya, berjumpalah Rasulullah SAW bersama imam tersebut. Lalu ditanya Rasulullah SAW, "Mengapakah engkau membaca Surah Al Ikhlas pada setiap rakaat dalam setiap solat ? " Dijawab imam itu, " Ya Rasulullah, Sesungguhnya aku membaca surah Al Ikhlas kerana terdapat ayat di dalamnya yang memuji, mentauhid, menta'azimkan Allah SWT ". Lalu Rasulullah SAW terdiam. Lalu Rasulullah SAW bersabda " Sesungguhnya Surah Al Ikhlas yang dibacanya dan pemohonannya melalui surah tersebut telah memasukkannya ke syurga " .
Demikianlah kisah para sahabat ketika mana mereka mengagungkan dan menghayati Surah Al Ikhlas dengan penuh dengan rasa penghambaan pada diri mereka terhadap Allah SWT.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan